Mawi Pernah Terima Hadiah Seluar Dalam Wanita Berlendir

Mawi Pernah Terima Hadiah Seluar Dalam Wanita Berlendir

Mawi Pernah Terima Hadiah Seluar Dalam Wanita Berlendir


Penyanyi Mawi mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila pernah menerima hadiah seluar dalam wanita dipercayai sudah dipakai.

Menerusi satu podcast, Mawi berkata ketika itu dia sedang membuka hadiah-hadiah yang diterima bersama bapanya.

BACA: Mawi Tiada Masalah Duet Dengan Anak Ina Naim

Menurutnya, dia membuka satu kotak hadiah berwarna merah jambu yang dihiasi reben dan berbau wangi, namun mengejutkan dia menerima seluar dalam wanita.

“Bila saya buka salah satu hadiah, ada satu kotak ni berwarna pink dan siap ada reben lagi. Baunya pun wangi. Ada satu kertas dan bila buka ianya berisi seluar dalam perempuan. G-string. Seluar itu dah pakai dan ada lendir,” katanya.

Melihatkan kandungan dalam kotak berkenaan, bapanya  meminta supaya Mawi tidak menyentuh pakaian dalam sebaliknya mengangkat menggunakan penyangkut baju dan dibuang di tandas.

“Saya pun panik. Ayah cakap jangan sentuh. Dia ambil penyangkut baju dan Tarik. Ayah saya masukkan dalam tandas dan flush. Seram juga tu,” katanya.

Dalam pada itu, Mawi mengakui ujian wanita ketika namanya berada di puncak sebelum ini adalah cabaran paling sukar.

“Ujian Wanita yang datang ini memang Masyaallah. Nak tepis itu macam kena betul-betul kuat. Yang datang bukan biasa biasa,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top