July 13, 2024

Mayat lelaki ditemui terbaring dengan kesan cedera pada leher

Mayat lelaki ditemui terbaring dengan kesan cedera pada leher


IPOH – Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai di sebuah premis persendirian, di Bercham, dekat sini, pada Selasa.

Jasad Yep Nam Meng, 81, ditemukan di koridor tingkat bawah bangunan berkenaan dalam kesan kecederaan pada leher kiri.

Difahamkan, mangsa ditemukan  oleh pengawal keselamatan sekitar jam 2 petang yang kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan.

Mayat warga emas lelaki cedera kecederaan leher bercham ipoh
Anggota polis megusung mayat Yep Nam Meng, 81, ditemukan terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai di sebuah premis persendirian, di Bercham, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JULAI 2024.

 

Mayat warga emas lelaki cedera kecederaan leher bercham ipoh
Anggota polis sedang melakukan siasatan terhadap mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai di sebuah premis persendirian, di Bercham, dekat sini, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JULAI 2024.

Pemeriksaan oleh petugas kesihatan mendapati warga emas itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat dengan kesan darah itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini, untuk bedah siasat.

Difahamkan juga mangsa tinggal di bersendirian dan bekerja sebagai tukang cuci di premis tersebut sejak 10 tahun.

Mayat warga emas lelaki cedera kecederaan leher bercham ipoh
Anggota polis membawa mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai di sebuah premis persendirian, di Bercham, dekat sini, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JULAI 2024.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa.

“Berdasarkan kepada siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah pada mangsa dan lokasi kejadian, justeru kertas siasatan dibuka di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi. – MG Perak



Source link

OR

Scroll to Top