September 8, 2024

Mayat Nur Farah Kartini ditemui, penjawat awam ditahan

Mayat Nur Farah Kartini ditemui, penjawat awam ditahan


KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam ditahan polis susulan penemuan mayat seorang wanita, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekitar jam 6.00 petang tadi, polis telah menemui mayat perempuan warga tempatan di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

“Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tangjung Malim pada 11 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, polis akan memohon reman ke atas suspek lelaki esok pagi di mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia 25 tahun dilaporkan hilang disyaki selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi, 10 Julai.

Kali terakhir, mangsa yang berasal dari Sarawak itu dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam. – MalaysiaGazette

Wanita hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan



Source link

OR

Scroll to Top