audreymd@nst.com.my
Georgetown: Mayat wanita dan kanak-kanak ditemui dalam unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, di sini malam ini.
Penemuan itu terbongkar selepas jiran menghidu bau busuk yang datang dari unit berkenaan, petang tadi sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Sepasukan anggota bomba dan polis bergegas ke tempat kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat dua mayat, seorang wanita dan seorang kanak-kanak, di dalam unit itu.
“Mayat mereka sudah reput,” kata sumber.
Identiti wanita dan kanak-kanak itu belum diketahui dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes.
© New Straits Times Press (M) Bhd