Mazlisham gegar Titiwangsa, PDRM intai pentas Sukan SEA

Mazlisham gegar Titiwangsa, PDRM intai pentas Sukan SEA


Mazlisham rangkul Tali Pinggang RF3 World. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

JURULATIH Sang Saka Biru PDRM, Amirul Ariffin menyifatkan kejayaan anak didiknya, Mazlisham Mohamed merangkul Tali Pinggang RF3 World sebagai bukti kerja keras latihan selain membuka ruang lebih luas untuk melangkah ke pentas antarabangsa.

Mazlisham tampil garang apabila menundukkan Muhammad Ridzuan Jamil Aris atau Wanchai (AJV Muaythai Melaka) dalam pertarungan tiga pusingan penuh sengit pada saingan RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah di Stadium Titiwangsa, baru-baru ini.

“Sasaran utama kami adalah membawa atlet PDRM ke Sukan SEA Thailand 2025 sebagai wakil negara. Kali terakhir PDRM menghantar wakil ke Sukan SEA adalah pada 2017, jadi harapan kami kali ini Mazlisham mampu menjadi pelapis dan mengangkat semula nama PDRM di pentas antarabangsa.

“Perlawanan ini juga boleh dianggap sebagai ‘pemanas badan’ untuk kejohanan besar pada November nanti. Kami akan teruskan latihan secara konsisten selepas berehat beberapa hari,” kata Amirul atau lebih dikenali sebagai Ban Mero yang pernah mewakili negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sementara itu, Mazlisham mendedikasikan kemenangan berharga itu khas buat keluarga dan kelab serta kontinjen PDRM yang sentiasa menjadi tonggak semangatnya

“Alhamdulillah, kemenangan ini sangat bermakna kerana dapat mengharumkan nama PDRM di pentas besar.

“Sokongan Presiden Sang Saka Biru PDRM, Mohd Zawawi Awang Teh, jurulatih, rakan sepasukan serta keluarga menjadi kekuatan utama saya di gelanggang,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Amirul Ariffin melihat kejayaan Mazlisham merangkul Tali Pinggang RF3 World sebagai bukti kerja keras dan peluang untuk melangkah ke pentas antarabangsa
  • Mazlisham memenangi pertarungan melawan Muhammad Ridzuan Jamil Aris dalam saingan RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah
  • Sasaran utama adalah membawa atlet PDRM ke Sukan SEA Thailand 2025 sebagai wakil negara
  • Kemenangan dianggap sebagai ‘pemanas badan’ untuk kejohanan besar pada November nanti
  • Mazlisham mendedikasikan kemenangan untuk keluarga, kelab dan kontinjen PDRM sebagai sumber inspirasi dan semangat



Source link

OR

Scroll to Top