September 8, 2024

MCA akan diberi kerusi DUN pada PRU16

MCA akan diberi kerusi DUN pada PRU16


KOTA BHARU – MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pada pilihan raya negeri yang lepas, tiada kerusi diperuntukkan kepada MCA dan hanya Pakatan Harapan dan BN yang bertanding.

“Soal kalah menang itu cerita kedua tetapi konsep kebersamaan BN secara tradisinya MCA selalu diberi kerusi di peringkat negeri.

“Langkah memperkemaskan struktur organisasi Kerajaan Perpaduan di Kelantan ini bagi memastikan supaya parti menguasai kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis resolusi Konvensyen BN 2024 di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Jazlan menerima resolusi berkenaan daripada Pengerusi Konvensyen Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top