Mcalister akui Kuching City kekal konsisten dalam dua perlawanan

Mcalister akui Kuching City kekal konsisten dalam dua perlawanan


sukan@metro.com.my

Kuching: Ketua jurulatih DPMM FC, James McAllister, mengakui Kuching City FC lebih menguasai permainan terutama pada babak pertama yang menyaksikan pasukannya tersingkir ke separuh akhir kempen Piala Malaysia malam tadi.

Menurutnya DPMM gagal mempamerkan kualiti sebenar ketika menguasai bola sehingga memberi ruang kepada lawan mengawal tempo perlawanan.

“Saya rasa pada separuh masa pertama kami tidak bermain sebaik yang sepatutnya ketika menguasai bola.

“Kuching City mengawal permainan dan mempamerkan corak yang baik, kami juga melepaskan dua gol yang agak mudah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Beliau berkata perbincangan di bilik persalinan ketika rehat separuh masa memberi impak positif apabila pemain menunjukkan peningkatan pada babak kedua.

“Kami tekankan supaya lebih baik dalam penguasaan bola dan cuba mencipta lebih banyak peluang.

“Saya fikir separuh masa kedua lebih kompetitif, lebih baik dari segi penguasaan dan karakter,” jelasnya.

Tambahnya, aksi pada penghujung perlawanan yang lebih terbuka dan berbalas serangan memberikan keterujaan kepada 10,000 penyokong yang hadir.

McAllister turut mengakui bahawa Kuching City konsisten dengan momentum cemerlang dalam kedua-dua perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top