McIlroy buru sejarah di Augusta

McIlroy buru sejarah di Augusta


Augusta: Rory McIlroy memburu satu lagi pencapaian bersejarah apabila berhasrat mempertahankan kejuaraan Masters sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara legenda sukan itu.

Pemain berusia 36 tahun itu mencipta detik penuh emosi tahun lalu apabila melengkapkan karier ‘Grand Slam’ selepas menewaskan Justin Rose dalam aksi playoff di Augusta National.

Kini, McIlroy mengintai peluang untuk menjadi antara segelintir pemain yang berjaya mempertahankan jaket hijau, menyertai nama besar seperti Tiger Woods, Jack Nicklaus dan Nick Faldo.

“Saya tahu mempertahankan kejuaraan Masters bukan perkara mudah, tetapi itu sesuatu yang saya mahu capai,” katanya.

Namun, cabaran besar menanti apabila pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler dilihat sebagai pencabar utama selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim.

Scheffler yang juga juara dua kali Masters tampil dengan keyakinan tinggi walaupun memberi tumpuan kepada aspek mental permainannya menjelang kejohanan itu.

Dalam masa sama, beberapa pemain ternama lain turut memburu kejuaraan pertama di Augusta termasuk Justin Thomas, Bryson DeChambeau, Brooks Koepka, Xander Schauffele dan Collin Morikawa.

Sementara itu, ketiadaan Woods yang sedang menjalani rawatan selepas insiden kemalangan baru-baru ini turut menjadi perhatian, sekali gus membuka ruang kepada pemain lain untuk mencipta kejayaan di Augusta.

Apa pun, tumpuan utama tetap terarah kepada McIlroy yang kini berada di landasan terbaik untuk menambah satu lagi bab gemilang dalam kariernya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top