Megat Shahriman bersama barisan Exco MPM 2025-2028.
DATUK Seri Megat D Shahriman Zaharudin mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada Sabtu.
Megat Shahriman yang juga Presiden Persatuan Renang Para Malaysia (Prepma) menewaskan pencabar yang juga bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam pemilihan berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampong Pandan, Kuala Lumpur tersebut.
Megat Shahriman mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak 2019 selepas mendapat 14 undian berbanding 10 diterima Ahmad Shapawi yang mengundi barisan kepimpinan tertinggi badan induk sukan para itu bagi penggal 2025-2028.
Timbalan Presiden sebelum ini K M Rajendran juga berjaya mempertahankan kerusinya apabila mengalahkan Senator (B) Datuk Ras Adiba Radzi (14-10).
SENARAI PENUH:
MPM Penggal 2025-2028
Presiden:
Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin (P)
Timbalan Presiden:
K M Rajendran (P)
Naib Presiden (OKU)
Datuk Mah Hassan Omar
Naib Presiden
Datuk Amarjit Singh Gill
Dr Ang Kean Koo (P)
Joshua Edgar A/L Mariyee Joseph (P)
Setiausaha Agung
Datuk Subramaniam Raman (P)
Bendahari
Kumarusamy A/L P Sithambaran (P)
Rattna Aizan Mohd Idris (Naib Bendahari)
* (P) Penyandang