Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia berjaya kumpul lebih RM46,000

Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia berjaya kumpul lebih RM46,000


MEKDI All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia berjaya mengumpul lebih RM46,000 menerusi acara yang menghimpunkan legenda bola sepak negara, selebriti dan ribuan peminat di Stadium Merdeka pada Jumaat.

Program yang berlangsung meriah itu mengumpulkan sumbangan berjumlah RM46,503.50 untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan menerusi pelbagai inisiatif kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

Antara aksi bekas pemain kebangsaan pada Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia di Stadium Merdeka pada Jumaat. Foto Sinar Harian – ASRIL ASWANDI SHUKOR

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, acara tersebut bukan sekadar perlawanan bola sepak, sebaliknya platform untuk menggalakkan masyarakat bersama-sama menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Menurutnya, sebagai rakan korporat dan penyokong utama RMHC Malaysia, McDonald’s Malaysia sentiasa percaya setiap platform yang diwujudkan perlu memberi manfaat kepada komuniti sama ada melalui makanan, pengalaman yang menggembirakan mahupun peluang untuk berkongsi kebaikan.

“Bola sepak mempunyai keupayaan unik untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

“Melalui Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC, kami mahu memanfaatkan semangat itu untuk tujuan yang lebih besar, bukan sekadar menyaksikan perlawanan tetapi bersama-sama melakukan sesuatu yang bermakna untuk kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan,” katanya.

Gelagat penyokong yang hadir pada Program Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia di Stadium Merdeka pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR

Gelagat penyokong yang hadir pada Program Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia di Stadium Merdeka pada Jumaat. Foto Sinar Harian – ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata, sumbangan yang dikumpulkan akan disalurkan kepada RMHC Malaysia bagi menyokong pelbagai program kebajikan termasuk Rumah Ronald McDonald, Anugerah Senyuman, Program Pek Kembali ke Sekolah dan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald.

Perlawanan amal tersebut menyaksikan Malaysia All Stars muncul juara selepas menewaskan Mekdi All Stars 4-2.

Bagi memeriahkan acara, McDonald’s Malaysia turut mengagihkan 10,000 set makanan percuma yang terdiri daripada Chicken McNuggets, Coke dan Apple Pie kepada pengunjung manakala McDonald’s SuperFans pula berpeluang menikmati akses eksklusif ke kawasan VIP stadium.

Selain aksi di atas padang, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik di sekitar stadium termasuk ruang interaktif RMHC, kaunter McD App, zon permainan, aktiviti peminat serta pilihan makanan dan minuman daripada vendor yang mengambil bahagian.

Malaysia All Stars dibarisi beberapa nama besar bola sepak negara seperti Amri Yahya, Faisal Halim, Safawi Rashid, Norshahrul Idlan Talha dan Tan Cheng Hoe, sekali gus mengimbau nostalgia kegemilangan bola sepak tanah air serta memberi peluang kepada peminat menyaksikan ikon kesayangan mereka kembali beraksi di Stadium Merdeka.

Mencabar mereka ialah Mekdi All Stars yang dianggotai selebriti dan pempengaruh popular termasuk Merqeen, Alvin Chong, MK K-Clique dan Tuju K-Clique, menjadikan perlawanan amal itu lebih menghiburkan dan dekat dengan pelbagai lapisan peminat.

Program Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia menghimpunkan legenda bola sepak negara, selebriti dan peminat di Stadium Merdeka pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR

Program Mekdi All Stars Kick Off: Perlawanan Amal RMHC Malaysia menghimpunkan legenda bola sepak negara, selebriti dan peminat di Stadium Merdeka pada Jumaat. Foto Sinar Harian – ASRIL ASWANDI SHUKOR

Acara tersebut bukan sahaja menyatukan peminat sukan dan hiburan, malah menjadi platform untuk masyarakat berkongsi kegembiraan sambil menyokong usaha membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan melalui RMHC Malaysia.

Sementara itu, sempena kemeriahan bola sepak, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan FIFA World Cup™ Meal yang menampilkan Triple Kick Burger™ sebagai menu utama.

Menu berkenaan hadir dengan pilihan patty daging berjus atau ayam rangup yang dipadankan dengan tiga jenis bawang iaitu crispy onion twiggs, bawang karamel dan bawang segar bagi menghasilkan gabungan rasa yang lebih berani dan berlapis.



Source link

OR

Scroll to Top