Melaka sumbang RM30,000 kepada 3 IPD, santuni pesara, keluarga polis

Melaka sumbang RM30,000 kepada 3 IPD, santuni pesara, keluarga polis



am@hmetro.com.my

Masjid Tanah: Polis bersedia membantu sepenuhnya kawalan keselamatan sempena penganjuran Hari Pelancongan Dunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) yang diadakan di Melaka, September tahun depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan Melaka bagi melancarkan lagi kawalan keselamatan berkenaan.

“Kita akan membantu sepenuhnya, itu sudah tentu dan sekiranya ada program yang perlu untuk pihak polis bersama dengan kerajaan negeri, kita akan membantu sepenuhnya,,” katanya selepas menghadiri majlis penutup Program Kerajaan Negeri Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Pulau, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan dihadiri EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin; EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Nawawi.

Melaka dipilih sebagai tuan rumah WTD dan WTC 2025 mewakili Malaysia selepas Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) tahun lalu sepakat memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran program berprestij itu tahun depan.

Acara berkenaan dijadual berlangsung pada 27 September 2025 bertemakan ‘Tourism and Sustainable Transformation’.

Sempena program itu, Ab Rauf bersama Razarudin mengadakan Ziarah Kasih dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga bekas anggota polis yang uzur dan sudah meninggal dunia di sekitar Parlimen Masjid Tanah.

Sementara itu, tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka menerima sumbangan masing-masing RM10,000 bagi menjalankan program menyantuni pesara polis dan keluarga anggota yang uzur.

Sumbangan daripada kerajaan negeri itu disampaikan Ab Rauf kepada Ketua Polis Daerah masing-masing membabitkan Asisten Komisioner Christopher Patit (Melaka Tengah) diikuti Superintendan Ashari Abu Samah (Alor Gajah) dan Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi (Jasin).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top