“Memang Aku Layak Dapat 5 Juta Tu Dari Family Kau… Buang Masa 10 Tahun Kat Orang Macam Tu” – Isu Dengan Nubhan Makin Hangat, Mesej Dr Fie Tersebar?

“Memang Aku Layak Dapat 5 Juta Tu Dari Family Kau… Buang Masa 10 Tahun Kat Orang Macam Tu” – Isu Dengan Nubhan Makin Hangat, Mesej Dr Fie Tersebar?


Isu antara Nubhan, 39, dan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, 36, semakin hangat apabila ada pihak yang menyebarkan perbualan mesej langsung (DM) antara dirinya bersama isteri kepada penyanyi itu.

Pelakon remaja, Syamim Razi memuat naik video tangkap layar perbualan antara dirinya dan Dr. Fie di ruangan Instagram Story.

Difahamkan, Syamim merupakan anak kepada Sharifah Mastura Syed Sepian, 51, yang juga dikenali sebagai Kak Yang, wanita yang terpalit tuduhan menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara Nubhan dan Dr. Fie.

Syamim berkongsi video tangkap layar perbualan antara dirinya dan Dr. Fie dengan kapsyen: “Tolong, ada orang serang saya. Yang korang kata lembut?”

Terdahulu, Kak Yang tampil menepis tuduhan berat yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan Nubhan.

Memetik laporan Harian Metro pada 19 Oktober lalu, Kak Yang menjelaskan dia dan Nubhan bersahabat sejak 23 tahun lalu dan turut mengenali rapat Dr. Fie.

Menurut Kak Yang, hubungan dia dan Nubhan seperti satu keluarga kerana mereka tinggal satu kampung, malah menjadi pembantunya sebaik penyanyi itu selesai menyertai program Akademi Fantasia.

Rentetan fitnah yang mencalarkan nama baik, seorang lagi anak Kak Yang yang merupakan pelakon iklan, Nur Qistina Syahirah, 25, atau Kiki membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 17 Oktober lalu.



Source link

OR

Scroll to Top