“Memang Aku Layak Dapat RM5 Juta Tu Dari Family Kau” – Mesej Dr Fie Tersebar?

“Memang Aku Layak Dapat RM5 Juta Tu Dari Family Kau” – Mesej Dr Fie Tersebar?


Kemelut antara Nubhan dan Dr Afifah Hidayah hangat diperkatakan apabila seorang individu mendedahkan mesej perbualan bersama isteri kepada penyanyi itu di Instagram.

Menerusi hantaran di Insta Story yang dimuat naik individu bernama Syamim itu, Dr Afifah didakwa menjelaskan tuntutan wang yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

BACA: “Ada Masalah Lari Rumah, Rupanya Nak Duduk Dengan Bibik” – Adik Ipar Nubhan

Dalam mesej tersebut, Dr Afifah mendakwa tuntutan itu hasil nasihat daripada peguam serta dia berhak mendapatkan kerana sudah melahirkan tiga orang cahaya mata dalam tempoh 10 tahun perkahwinan.

“Duit itu peguam yang minta, kami tak bodoh. Peguam dah tengok akaun bekas (Nubhan) akulah. Memang aku lebih layak dapat RM5 juta itu daripada keluarga kau.

“Memang kena mintalah aku dah beranak anak dia tiga orang. Dah buang masa 10 tahun dekat orang macam tu.  Kisah pulak, duit laki aku bukan duit you. Nak pijak-pijak aku memang taklah,” katanya.

Sementara itu, Dr Afifah menafikan dakwaan bahawa dia terdesak untuk menagih wang daripada suaminya serta dia percaya Allah ada bersamanya.

Difahamkan, Syamim merupakan anak kepada Sharifah Mastura Syed yang didakwa sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga pasangan berkenaan.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top