Memang betul Ronaldo lebih hebat daripada Messi – Khedira

Memang betul Ronaldo lebih hebat daripada Messi – Khedira


BEKAS pemain Real Madrid, Sami Khedira yakin rakannya yang kini beraksi bersama Al-Nassr, Cristiano Ronaldo sememangnya lebih hebat berbanding Lionel Messi.

Khedira berkata, dia tidak memperkecilkan keupayaan Messi sebaliknya percaya Ronaldo memiliki kelebihan sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

“Dari sudut pandangan saya, ia sememangnya Cristiano (Ronaldo). Saya bukan mahu memperkecilkan Messi kerana apa yang telah dicapai dan masih dilakukannya, terutamanya di Amerika Syarikat sangat menakjubkan.

“Tetapi saya mengenali Cristiano selain saya bermain dengannya selama tujuh tahun di Madrid dan Juventus. Saya mengenalinya secara peribadi dengan baik, jadi saya 100 peratus pasukan Ronaldo tetapi turut menghormati Messi,” katanya.

Khedira memulakan kerjayanya di VfB Stuttgart dan dia memenangi gelaran Bundesliga pada 2007 sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2010.

Sepanjang lima musim di Sepanyol, dia mengumpul tujuh trofi domestik dan antarabangsa yang mengagumkan, termasuk kemenangan Liga Juara-Juara pada 2014.

Pada 2015, dia menyertai Juventus, merangkul lima gelaran Serie A berturut-turut dan tiga gelaran Coppa Italia.

Dia juga mara ke final Liga Juara-Juara UEFA pada 2017, sebelum bersara pada 2021.

Selain itu, dia juga mempunyai kerjaya yang baik, memenangi banyak trofi di peringkat kelab dan antarabangsa, memainkan peranan penting dalam kempen Piala Dunia FIFA 2014 bersama pasukan Jerman.

Semasa kerjaya cemerlangnya, dia bermain bersama Ronaldo pada 2010 sehingga 2015 dan beberapa kali berdepan Messi dia atas padang yang ketika itu bermain bersama Barcelona.

Sebelum ini, Ronaldo telah menggelarkan dirinya sebagai pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dalam satu wawancara dengan sebuah media di Sepanyol.

Penyerang Portugal itu menjelaskan, statistik jaringan yang dilakukannya membuktikan dia sebagai pemain paling lengkap dalam sukan bola sepak.



Source link

OR

Scroll to Top