Pelakon Harris Annuar tampil menjelaskan salah faham mengenai komen yang disangka memberi sokongan kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed.
Menerusi hantaran di Threads, Harris berkata komen tersebut ditinggalkan di akaun adik Syed dan bukan kepada pendakwah berkenaan.
BACA: Lepas Bau Simen, Isteri Harris Annuar Mengidam Makan Sabun Pula


Menurut Harris dia setuju pendakwah berkenaan di hukum namun mempersoalkan adakah tindakannya salah mendoakan buat keluarga mereka.
Tambah Harris lagi, tuduhan tersebut boleh menimbulkan salah sangka serta fitnah terhadap dirinya.
Individu berkenaan kemudian membuat permohonan maaf kepada Harris kerana menyalah tafsir hantarannya itu serta meminta untuk memberikan sokogan secara sembunyi dengan menghubungi mereka.

Sumber: mStar Online






