Bekas isteri, Nubhan Ahmad, Dr. Afifah Hidayah binti Ahmad Tawfek, atau Dr Fie terus meluahkan rasa kecewa dengan tindakan bekas suaminya yang membuat keputusan tanpa meminta persetujuannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie mendakwa tindakan mengeluarkan barangan peribadi dari rumah kediaman mereka sewaktu masih bersama seolah-olah cuba mencari publisiti dan dijadikan konten di media sosial.
Sengaja untuk nama naik?

“Saya di konten kan ke apa? Memang sengaja buat macam ni untuk nama naik tiap-tiap minggu ke? Ya Allah, tak larat dah habis tenaga,” ciapan Dr. Fie, semalam.
Dalam pada itu, dia menjelaskan sudah terlalu letih menguruskan masalah yang terjadi sejak kemelut rumah tangganya menjadi perhatian ramai dan meminta sedikit ruang untuk bertenang.
“Bagilah saya bernafas sekejap, tiap-tiap minggu tercungap. Lepas cerai hal bibik, hal hadhanah, hal hospital, hal cium anak, hal halau rumah. Tolong lah bagi saya bernafas sekejap,” luahnya.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut mengenang kesedihan keluarganya apabila melihat dirinya diperlakukan sebegitu dan mengakui kejadian itu bukan pertama kali berlaku.

“Kasihan kat parents saya. Balik-balik tengok barang anak dia semua kat rumah dia tiada notis.
“Maaf ibu ayah. Along tak sangka dia buat mcm ni, dulu ibu kutip baju-baju along dia tinggal depan rumah ibu. Hari ni dia buat lagi,” jelasnya.
Sementara itu, dia turut mempersoalkan mengapa perkara itu tidak diselesaikan dengan cara yang baik dan meminta agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran tersebut.

“Tangan saya menggigil. Dah tak dapat nak buat ayat baik-baik lagi. At least tunggu lah harta sepencarian atau bincang elok-elok.
“Kenapa buat terkejut macam ni? Saya balik nanti penat-penat barang semua terabur. Allah kuatkan aku,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Barang2 dibawa keluar tanpa beritahu, Dr Fie berang dengan Nubhan -“Kejam kamu!”
Sekadar info, Nubhan Ahmad sah bercerai bersama Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek setelah Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini mengesahkan dua lafaz cerai serta satu lafaz rujuk yang dibuat pasangan berkenaan pada 21 Januari 2017dan 26 Ogos lalu.
Sumber: Threads drfietawfek






