Sejak Jumaat lalu, majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan suaminya, Mr E masih lagi menjadi bualan ramai di media sosial.
Menerusi satu video tular di TikTok, gelagat ibu kepada Erra menjadi perhatian apabila memuji menantu serta anaknya pasangan yang sepadang.
BACA: Erra Fazira Pandu Sendiri Kereta Lepas Bersanding
Dalam video tersebut difahamkan ketika majlis resepsi pada Sabtu lalu, ibu Erra dilihat memegang wajah menantunya.
“Menantu aku handsome, anak aku cantik (sambil tunjuk tangan sepadan dan sesuai),” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ibu Erra serta menyifatkan Mr E pandai menambil hati ibu mentuanya.





