Mendez sah pemain warisan Harimau Malaya, sertai JDT

Mendez sah pemain warisan Harimau Malaya, sertai JDT


JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kehadiran bekas pemain tengah Sporting Gijon, Nacho Mendez sebagai pemain baharu Harimau Selatan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Lebih menarik, kelab gergasi Liga Malaysia itu turut mengumumkan bahawa Mendez, 27, menyertai pasukan sebagai pemain warisan.

“Pemain warisan negara, Nacho Mendez menyertai JDT,” umum kelab itu dalam satu kenyataan di media sosial rasmi mereka pada Selasa.

Sepanjang bersama Gijon di kancah LaLiga2 Sepanyol, Mendez merekodkan 218 penampilan dengan sumbangan 17 gol dan 11 bantuan jaringan sebelum meninggalkan kelab tersebut selepas kontraknya tamat pada 30 Jun lalu.

Pemain tengah itu juga menyertai tiga lagi pemain warisan Joao Figueiredo, Hector Hevel, Jon Irazabal yang menyertai Harimau Selatan musim ini.

Selain dijangka memperkukuh jentera tengah JDT, kehadiran Mendez sebagai pemain warisan juga memberi nilai tambah yang besar kepada skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Dengan status warisan yang dimilikinya, Mendez kini bakal memperkuatkan skuad negara bagi menghadapi kempen Piala Negara-Negara CAFA 2025 yang akan bermula hujung Ogos ini selain Kelayakan Piala Asia.



Source link

OR

Scroll to Top