Pelakon Shakilla Khoriri mengakui sebak meraikan majlis graduasi anak perempuannya, Ameena Sofia selepas tiga tahun melalui perjalanan awal persekolahan.
Menerusi hantaran di Instagram, Shakilla berkata tempoh tiga tahun dilalui bersama anak tunggalnya itu bukan sesuatu yang mudah.
BACA: Shakilla Khoriri Dah 9 Hari Tak Dengar Khabar Ameena
“3 tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena. Macam-macam yang terjadi sepanjang 3 tahun ini.
“Tapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya perjalanan dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia.
“Menguruskan Ameena sorang bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ni aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ni,” katanya.
Sementara itu, Shakilla menyifatkan Ameena seorang yang ringan tulang dan suka membantu. Tambahnya lagi, bukan mudah menjadi ibu bapa dan banyak yang dia korbankan demi anaknya itu.
“Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang kadang macam jadi orang suruhan bila masa waktu main dengan kawan yang lain.
“Nak mendidik anak dalam dunia sekarang tak senang kan? Nak seimbangkan dia hidup berdikari, displin, hormat, tanggungjawab asas kehidupan dan macam-macam. Tapi InshaAllah.
“Sebagai parents, berjuang lah kita untuk suatu masa ni untuk anak-anak. Banyak yang kena korbankan. Betul. Banyak yang aku korbankan untuk Ameena. Tapi aku yakin, aku mungkin banyak kalah dan lelah sekarang tapi inshaAllah Allah bantu panjangkan doa aku yang seorang pendosa ni untuk Ameena Sofia,” tulisnya.






