Mental beregu pelapis lelaki negara cepat ‘koyak’?

Mental beregu pelapis lelaki negara cepat ‘koyak’?


Herry Iman Pierngadi

KEGAGALAN beregu pelapis lelaki negara di Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025, mencetuskan persoalan besar mengenai ketahanan mental mereka di pentas antarabangsa.

Biarpun dihantar dengan harapan tinggi, keenam-enam beregu lelaki negara terkandas sebelum ke pentas final, menyaksikan jurang besar antara latihan dan pertandingan sebenar.

Ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi mengakui bahawa kekuatan mental menjadi faktor utama yang membezakan pemain pelapis dengan pemain senior.

“Latihan menunjukkan peningkatan, tetapi pertandingan cerita lain.

“Saya perlu menilai semula perkara ini, kemungkinan besar mental mereka menurun semasa tekanan pertandingan,” katanya.

Biarpun kem beregu lelaki pulang hampa, Malaysia tidak pulang tanpa sebarang pingat, Aidil Sholeh Ali Sadikin, perseorangan lelaki profesional negara menghadirkan kegembiraan buat pasukan negara.

Aidil Sholeh membuktikan kualiti sebenar dengan merangkul gelaran juara apabila menewaskan Pranay Katta dari India dalam pertarungan sengit.



Source link

OR

Scroll to Top