Petaling Jaya: Realiti masyarakat masa kini memperlihatkan keadaan yang membimbangkan apabila pasangan yang bercerai semakin cenderung menzahirkan pertelingkahan secara terbuka melalui platform media sosial. Ada dalam kalangan mereka yang saling menghina, mengutuk dan memburukkan bekas pasangan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan maruah diri malah mencerminkan kemerosotan akhlak dalam kalangan individu pasca perceraian.
Hal ini jelas bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah yang menjelaskan perpisahan perlu berlandaskan prinsip ‘tasrih bi ihsan’: “…atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.” (Al Baqarah 2: 229)
Menurut Ibn Kathīr, prinsip tasrih bi ihsan menuntut agar perceraian dilaksanakan mengikut ketentuan syariat dan peraturan hukum Islam, bukan berpaksikan emosi atau perasaan semata-mata. Mengapa masih perlu berbuat baik terhadap bekas pasangan sedangkan ikatan perkahwinan telah terlerai?
Kebiasaannya perceraian berpunca daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan hingga menimbulkan rasa kecewa dan kebencian antara kedua-dua pihak. Meskipun masih wujud perasaan tidak suka terhadap bekas pasangan, Islam tetap menyeru kepada prinsip ihsan iaitu berpisah dengan cara yang baik kerana ia dianggap sebagai jalan terakhir untuk mengelakkan kemelut yang lebih besar dan mengurangkan kesan negatif terhadap anak-anak.
Perceraian yang dilaksanakan dengan baik menuntut agar kedua-dua pihak saling memelihara maruah masing-masing. Suami dilarang mendedahkan keburukan isteri kepada khalayak, begitu juga isteri tidak wajar menzahirkan aib suami. Bekas suami dan isteri hendaklah menjauhi perbuatan menjaja kisah rumah tangga atau membuka keaiban pasangan kerana tindakan sedemikian jelas ditegah dalam Islam.
Mengaibkan bekas pasangan akan mencemarkan sikap ihsan yang seharusnya dikekalkan walaupun ikatan perkahwinan telah terlerai. Lebih-lebih lagi apabila wujud amanah bersama berupa zuriat yang perlu dibesarkan dengan kasih sayang.
Setiap pihak perlu berhemah dalam pertuturan kerana ungkapan yang buruk berpotensi menimbulkan permusuhan yang berpanjangan. Lebih merisaukan, kesannya boleh mengganggu kestabilan emosi dan kesejahteraan anak-anak. Pepatah Melayu menyebut “kerana mulut santan binasa, kerana mulut badan binasa” yang menegaskan bahawa setiap kata yang telah diucapkan tidak mampu ditarik kembali. Setiap pihak juga wajib menunaikan tanggungjawab termasuk pemberian nafkah ‘iddah dan nafkah anak-anak, selaras dengan tuntutan syarak dan nilai ihsan.
Perpisahan tidak seharusnya dilihat sebagai noktah kehidupan, sebaliknya sebagai ruang yang sarat dengan hikmah dan peluang untuk memulakan lembaran baharu yang lebih bermakna. Pasangan yang mampu mengekalkan budi pekerti yang baik selepas perceraian sebenarnya sedang menzahirkan teladan yang luhur kepada anak-anak dan masyarakat sekeliling.
Anak-anak yang membesar dalam suasana emosi yang positif akan memahami bahawa kasih sayang sejati tidak terhenti dengan perceraian. Sebaliknya, perceraian yang diselubungi dendam dan kebencian mampu meninggalkan parut emosi yang dalam khususnya kepada anak-anak yang menjadi saksi pergolakan tersebut. Dalam dunia yang kian pudar kepada nilai empati, kemampuan untuk terus berbuat baik terhadap bekas pasangan merupakan manifestasi jihad akhlak yang bernilai tinggi di sisi Islam. Nilai kemanusiaan dan keinsanan dalam hubungan sesama insan wajar terus dipelihara meskipun ikatan perkahwinan telah terlerai.
Hakikatnya, Islam menegakkan prinsip keadilan kepada semua pihak tanpa mengira jantina. Oleh itu, masyarakat perlu dididik agar sentiasa berbuat baik dan berperikemanusiaan terhadap sesama insan. Justeru, antara langkah yang boleh diambil ialah memperkukuh kandungan kursus pra dan pasca perkahwinan agar turut memberi penekanan terhadap pembinaan akhlak serta adab selepas perceraian supaya sikap ihsan terus subur dalam jiwa setiap pasangan yang berpisah.
Realiti masyarakat masa kini memperlihatkan keadaan yang membimbangkan apabila pasangan yang bercerai semakin cenderung menzahirkan pertelingkahan secara terbuka melalui platform media sosial. Ada dalam kalangan mereka yang saling menghina, mengutuk dan memburukkan bekas pasangan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan maruah diri malah mencerminkan kemerosotan akhlak dalam kalangan individu pasca perceraian.
Hal ini jelas bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah yang menjelaskan perpisahan perlu berlandaskan prinsip ‘tasrih bi ihsan’: “…atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.” (Al Baqarah 2: 229)
Menurut Ibn Kathīr, prinsip tasrih bi ihsan menuntut agar perceraian dilaksanakan mengikut ketentuan syariat dan peraturan hukum Islam, bukan berpaksikan emosi atau perasaan semata-mata. Mengapa masih perlu berbuat baik terhadap bekas pasangan sedangkan ikatan perkahwinan telah terlerai?
Kebiasaannya perceraian berpunca daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan hingga menimbulkan rasa kecewa dan kebencian antara kedua-dua pihak. Meskipun masih wujud perasaan tidak suka terhadap bekas pasangan, Islam tetap menyeru kepada prinsip ihsan iaitu berpisah dengan cara yang baik kerana ia dianggap sebagai jalan terakhir untuk mengelakkan kemelut yang lebih besar dan mengurangkan kesan negatif terhadap anak-anak.
Perceraian yang dilaksanakan dengan baik menuntut agar kedua-dua pihak saling memelihara maruah masing-masing. Suami dilarang mendedahkan keburukan isteri kepada khalayak, begitu juga isteri tidak wajar menzahirkan aib suami. Bekas suami dan isteri hendaklah menjauhi perbuatan menjaja kisah rumah tangga atau membuka keaiban pasangan kerana tindakan sedemikian jelas ditegah dalam Islam.
Mengaibkan bekas pasangan akan mencemarkan sikap ihsan yang seharusnya dikekalkan walaupun ikatan perkahwinan telah terlerai. Lebih-lebih lagi apabila wujud amanah bersama berupa zuriat yang perlu dibesarkan dengan kasih sayang.
Setiap pihak perlu berhemah dalam pertuturan kerana ungkapan yang buruk berpotensi menimbulkan permusuhan yang berpanjangan. Lebih merisaukan, kesannya boleh mengganggu kestabilan emosi dan kesejahteraan anak-anak. Pepatah Melayu menyebut “kerana mulut santan binasa, kerana mulut badan binasa” yang menegaskan bahawa setiap kata yang telah diucapkan tidak mampu ditarik kembali. Setiap pihak juga wajib menunaikan tanggungjawab termasuk pemberian nafkah ‘iddah dan nafkah anak-anak, selaras dengan tuntutan syarak dan nilai ihsan.
Perpisahan tidak seharusnya dilihat sebagai noktah kehidupan, sebaliknya sebagai ruang yang sarat dengan hikmah dan peluang untuk memulakan lembaran baharu yang lebih bermakna. Pasangan yang mampu mengekalkan budi pekerti yang baik selepas perceraian sebenarnya sedang menzahirkan teladan yang luhur kepada anak-anak dan masyarakat sekeliling.
Anak-anak yang membesar dalam suasana emosi yang positif akan memahami bahawa kasih sayang sejati tidak terhenti dengan perceraian. Sebaliknya, perceraian yang diselubungi dendam dan kebencian mampu meninggalkan parut emosi yang dalam khususnya kepada anak-anak yang menjadi saksi pergolakan tersebut. Dalam dunia yang kian pudar kepada nilai empati, kemampuan untuk terus berbuat baik terhadap bekas pasangan merupakan manifestasi jihad akhlak yang bernilai tinggi di sisi Islam. Nilai kemanusiaan dan keinsanan dalam hubungan sesama insan wajar terus dipelihara meskipun ikatan perkahwinan telah terlerai.
Hakikatnya, Islam menegakkan prinsip keadilan kepada semua pihak tanpa mengira jantina. Oleh itu, masyarakat perlu dididik agar sentiasa berbuat baik dan berperikemanusiaan terhadap sesama insan. Justeru, antara langkah yang boleh diambil ialah memperkukuh kandungan kursus pra dan pasca perkahwinan agar turut memberi penekanan terhadap pembinaan akhlak serta adab selepas perceraian supaya sikap ihsan terus subur dalam jiwa setiap pasangan yang berpisah.
Oleh Nur Faezah Musthapar
Nur Faezah Musthapar ialah Pensyarah di Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pahang dan boleh dihubungi di nurfaezah@umpsa.edu.my