MERCY Malaysia akan hantar pasukan rawatan khas ke Gaza

MERCY Malaysia akan hantar pasukan rawatan khas ke Gaza

MERCY Malaysia akan hantar pasukan rawatan khas ke Gaza


nuratikah@bh.com.my

Kuala Lumpur: MERCY Malaysia meneruskan misi kemanusiaannya di Gaza dengan menghantar Pasukan Rawatan Khas Keenam bagi menyalurkan bantuan perubatan kepada penduduk yang terjejas akibat konflik berterusan.

Menurut kenyataan di Facebook, MERCY Malaysia memaklumkan bahawa pasukan khas itu berada di bawah penyelarasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kini beroperasi sebagai barisan hadapan dalam misi berkenaan.

“Konflik yang berlarutan dan serangan terkini menyebabkan hospital kekurangan sumber sehingga menyebabkan rakyat di Gaza berdepan keperluan mendesak terhadap rawatan perubatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, MERCY Malaysia kekal komited menyokong pemulihan sistem kesihatan, meningkatkan daya tahan komuniti dan mengembalikan harapan kepada rakyat Gaza.

“Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Islamic Bank Berhad: 8606 1291 17 (Ref: Gaza) dengan kod SWIFT CTBBMYKL,” katanya.

Sebelum ini, Agensi Berita Palestin (WAFA), melaporkan tentera pendudukan Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata apabila melancarkan serangan dan memusnahkan rumah penduduk Palestin di Bandar Gaza serta Khan Younis.

Sejak bermulanya pencerobohan Israel pada Oktober 2023, angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 68,858 orang yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak, manakala 170,664 lagi cedera.

Sejak perjanjian gencatan senjata terbaru berkuat kuasa pada 11 Oktober lalu, seramai 226 rakyat Palestin terbunuh dan 594 cedera.

Pasukan penyelamat turut menemui 499 mayat dari bawah timbunan runtuhan dan 30 lagi mayat dipulangkan oleh pihak berkuasa Israel, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemui mencecah 529.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top