Penyanyi dan pelakon Amira Othman berkata dia tidak mengambil hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.
Menerusi komen di TikTok, Amira membalas hantaran seorang individu yang sedih membaca komen negatif terhadap penyanyi itu.
BACA: “Soalan Hamil Sebenarnya Agak Sensitif” – Amira Othman

Bagaimanapun, Amira berkata sudah menjadi lumrah sebagai selebriti ada yang suka dan tidak suka akan dirinya.
Tambahnya lagi, ianya tidak memberi kesan kepadanya dan dia memilih untuk abaikan kecaman netizen.
“Jangan sedih kak. Mereka kena cari saya dekat padang masyar nanti lagi jenuh kan hehe. Adat la mesti ada suka mesti ada tak suka. Kita abaikan saja. Tenang je. Tak bagi apa-apa kesan pun. Ignorance is bliss,” tulisnya.






