“Mereka Sentuh & Raba Saya, Tak Kisah Asalkan Tak Melampaui Batas”

“Mereka Sentuh & Raba Saya, Tak Kisah Asalkan Tak Melampaui Batas”


Pelakon Zoey Rahman mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di tempat awam sejak dia membina badan.

Memetik mStar Online, Zoey berkata dia turut menerima mesej ada yang meminta untuk berjumpa untuk menyentuh badan namun tidak memandang serius selagi tidak melampaui batas.

BACA: Zoey Rahman Buat Trend ‘S-Line’, Ada Yang Komen “Saya Salah Sorang Yang pernah On”

“Selepas buat badan ini, ramai yang mesej agak melampau kepada saya. Ada yang ajak jumpa, ada yang minta untuk sentuh badan dan semuanya.

“Malah, ada juga di tempat awam mereka sentuh-sentuh dan raba saya. Saya tidak kisah sangat asalkan perkara tersebut tidak melampaui batas,” katanya.

Sementara itu, Zoey berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang jika ada yang bertindak melampaui batas.

“Tetapi kalau ada yang melebih-lebih, saya akan saman dia. Untuk sekarang ini, perkara itu tidak mendatangkan trauma kepada saya,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top