“Mereka Tanya Bersih Tak?” – Fazley Yaakob Dedah Banyak Wanita DM Gambar Ketiak

“Mereka Tanya Bersih Tak?” – Fazley Yaakob Dedah Banyak Wanita DM Gambar Ketiak


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi daripada wanita yang menghantar gambar ketiak.

Memetik mStar Online, Fazley berkata dia tidak menganggap ianya sesuatu yang lucah kerana mereka mahu mendapatkan pandangan berkaitan kebersihan diri.

BACA: Fazley Yaakob Kerap Terima Mesej Nakal Lepas Cerai

“Saya menerima banyak DM wanita menghantar gambar ketiak dan tanya ketiak mereka bersih tak? 

“Saya pun tak tahu nak komen apa, DM saya memang banyak gambar ketiak yang dihantar tetapi saya lihat ia bukan satu isu seksual kerana mereka tidak bertanya soalan seksual.

“Mereka hanya bertanya tapi saya tak menjawab ya atau tidak kerana isu ini sangat sensitif,” katanya.

Mengulas mengenai hantarannya di Threads, Fazley berkata ianya berdasarkan kisah benar dikongsikan oleh individu lain bukan pengalamannya sendiri.

“Saya tak pernah melontarkan perkara peribadi kepada umum jadi kalau saya kongsi itu bukan pengalaman sendiri. Cuma apa yang saya kongsikan tentang wanita yang saya pilih mestilah ketiak putih dan bersih itu adalah satu keperluan.

“Kalau wanita pandai menjaga peribadi dalaman, luaran, fikiran dan hati, saya yakin dia juga pandai jaga kebersihan diri. Ia hanya sebuah kiasan,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top