Hanya dengan satu teaser ringkas yang dimuat naik di media sosial, sudah cukup membuatkan ramai penonton tidak senang duduk. Ayat ancaman, “Aku akan mencari dan terus mencari keturunanmu,” serta visual yang mendebarkan berjaya mencetuskan rasa seram dan tidak sabar untuk menyaksikan jalan cerita penuh drama ini.
Antara babak yang paling mencuri perhatian apabila watak Sapora lakonan Emma Maembong dilihat memakan daging mentah, dipercayai sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitamnya demi memenuhi permintaan Iqbal lakonan Nabil Aqil dalam Tonton Original Series, Santau Perempuan Terlarang.
Di ruang komen, reaksi warganet boleh dikatakan sangat meriah. Ada yang bertanya pukul berapa tayangan episod seterusnya, ada juga yang mengaku sudah menonton episod pertama. Babak-babak seram yang dipaparkan turut menjadi topik hangat, termasuk penampilan Nabil Aqil yang tampil berbeza dalam naskhah genre seram. Dalam masa yang sama, lakonan Emma Maembong turut dipuji dan dilihat semakin matang, membuat ramai yakin drama ini bakal mencetuskan fenomena.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Qeela, Azri Iskandar, Marc Sadique dan Amin Iman, Santau Perempuan Terlarang membawa elemen seram psikologi, misteri serta konflik yang dekat dengan kepercayaan masyarakat. Persoalannya, apakah harga yang perlu dibayar apabila seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan yang tersimpan sekian lama?
Bersiap sedia untuk menyelami dunia gelap yang mungkin lebih dekat dengan realiti daripada yang disangka. Saksikan Tonton Original Series, Santau Perempuan Terlarang, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton https://browse.tonton.com.my/shows/santau-perempuan-terlarang-series






