Messi terlepas dua perlawanan Inter Miami

Messi terlepas dua perlawanan Inter Miami


Miami: Lionel Messi akan terlepas dua perlawanan Inter Miami di Major League Soccer (MLS) selepas cedera buku lali kanan ketika Argentina memenangi Copa America, Ahad lalu, kata jurulatih Miami, Gerardo Martino.

Bintang Argentina berusia 37 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-64 ketika mereka menang 1-0 ke atas Colombia, dan kelihatan menangis di tepi padang dengan bengkak teruk pada pergelangan kakinya.

Messi akan terlepas perlawanan Inter Miami melayan Toronto FC, esok dan menentang Chicago Fire pada Sabtu ini.

“Beberapa ujian susulan akan dilakukan untuk mengesahkan situasi sebenar,” kata Martino.

“Dia perlu melalui beberapa lagi ujian dan menunggu keputusannya.”

Menerusi Instagram, Messi memuat naik pesanan terima kasih di atas sikap ambil berat dan sokongan diterimanya selepas perlawanan Ahad lalu itu.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang menghantar pesanan dan ucapan. Saya sihat, terima kasih Tuhan dan berharap akan dapat kembali ke padang secepat mungkin dan menikmati apa yang paling saya gemari,” tulis Messi.

Berbekalkan 14 kemenangan dan lima seri daripada 23 perlawanan, Inter Miami kini menduduki tempat kedua di MLS dan Eastern Conference dengan 47 mata, iaitu satu mata di belakang Cincinnati, yang membelasah Miami 6-1 pada 6 Julai lalu.

Miami akan memulakan kempen mempertahankan Piala Liga menentang kelab MLS dan Mexico, minggu depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top