Beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik perlu mara sekurang-kurangnya ke pentas final.
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menjadikan kedudukan ranking dunia sebagai ukuran utama menjelang Kejohanan Badminton Dunia 2025 yang bakal berlangsung di Adidas Arena, Paris mulai 25 Ogos ini.
Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun tiada sasaran rasmi diletakkan, prestasi semasa dan ranking dunia memberi gambaran jelas kemampuan pemain negara.
Justeru katanya, beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik perlu mara sekurang-kurangnya ke pentas final.
Menariknya, beberapa pemain negara juga sudah memiliki pengalaman beraksi di venue sama ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024, sebelum gelanggang itu dijenamakan semula sebagai Adidas Arena.
Pada masa sama, BAM percaya faktor keserasian dengan persekitaran mampu menjadi kelebihan tambahan buat wakil Malaysia dalam misi memburu kejayaan di Perancis nanti.