LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan tarikh akhir bagi kelab-kelab Liga Super memuat naik dokumen Pelesenan Kelab telah dilanjutkan sehingga 10 Mei ini.
Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan permohonan beberapa kelab yang meminta lanjutan masa untuk melengkapkan dokumentasi pelesenan mereka.
“Jawatankuasa FIB bersetuju untuk memberikan lanjutan masa kepada semua kelab bagi melengkapkan dokumen berkaitan Pelesenan Kelab Kitaran 2024-2025 untuk Lesen Kebangsaan di dalam sistem pelesenan AFC CLAS.
“FIB telah menetapkan 10 Mei 2025 sebagai tarikh akhir untuk semua kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan yang masih belum lengkap,” katanya ataan hari ini.
Beliau turut berharap lanjutan masa yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kelab bagi menyelesaikan segala dokumentasi sebelum tarikh akhir baharu tersebut. – Bernama