May 18, 2024

MIC bantu kempen PRK KKB, MCA masih berkeras


KUALA LUMPUR – Persoalan sama ada MIC akan membantu Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) akhirnya terjawab.

Walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi, dalam laman sosial rasmi MIC sudah dipaparkan berita tentang pelancaran bilik gerakan PRK KKB esok pukul 3.30 petang di Pejabat MIC Bahagian Hulu Selangor, KKB.

Jemputan itu juga difahamkan telah dipanjangkan kepada pihak media setakat ini.

Pada Ahad lepas, Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ada  ‘boikot’ dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC pada PRK kali ini.

Menurutnya, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sudah memaklumkan kepadanya parti masyarakat India itu akan turun membantu kempen PRK KKB ini.

Bagaimanapun MCA nampaknya tetap dengan keputusan untuk tidak turun berkempen bagi membantu calon DAP yang disıfatkan menghina mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu hantaran di laman sosial TikTok mempersoalkan mengapa MCA perlu berkorban dan berjiwa besar membantu DAP yang langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada parti mereka.

Kata Ka Siong, mana-mana pihak yang ingin melihat MCA turun berkempen nanti perlu tahu ahli partinya juga mempunyai maruah dan harga diri.

wee ka siong
Wee Ka Siong

“DAP tersilap apabila harap kita (MCA) lupa kepada segala kata-kata cacian yang dilemparkan oleh parti itu kepada MCA sebelum ini dan kemudian turun padang membantu memenangkan calon parti kerajaan pada 11 Mei nanti.

“Selepas seronok mengecam dan memaki hamun MCA, tidak sepatutnya DAP mengharapkan kempen kami dibantu oleh MCA.

“Apabila ahli parti saya terguris dengan kata-kata penghinaan pemimpin DAP, adakah saya selaku Presiden MCA hanya berdiam diri sahaja?” soalnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan ada kempen ‘boikot’ apabila MCA dan MIC memutuskan untuk tidak terbabit dalam kempen di PRK KKB. Bharu. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top