MIDP bawa inovasi kepimpinan korporat era baru di PACC 2024

MIDP bawa inovasi kepimpinan korporat era baru di PACC 2024


Malaysian Institute of Development for Professionals (MIDP) akan menganjurkan People & Culture Conference (PACC) 2024 yang pertama pada bulan Ogos ini.

Persidangan yang dinantikan ini disusun khusus buat pemimpin korporat, pemilik perniagaan, dan profesional dalam pengurusan bakat dan budaya di tempat kerja.

PACC 2024 dianjurkan dengan kerjasama organisasi terkemuka seperti Malaysian Alliance of Corporate Directors, 30% Club, LeadWomen dan Speak Up Malaysia.

Ia akan menampilkan sembilan topik berkaitan sumber manusia, perekrutan dan pengekalan bakat, pembelajaran dan pembangunan, amalan kepimpinan positif, dan budaya organisasi.

Topik ini akan dibincangkan melalui perkongsian ucaptama, forum interaktif, perbualan santai eksklusif, dan bengkel amali yang dikendalikan oleh 25 penceramah terkenal sepanjang dua hari persidangan.

Bina rangkaian dengan gergasi industri

Uniknya, PACC 2024 akan disampaikan dalam format perkongsian mesra oleh nama-nama terkenal dalam sektor korporat Malaysia. Penceramah akan berkongsi kisah peribadi dan anekdot bagi membantu pemimpin dalam perjalanan mereka.

Dengan pendekatan ini, delegasi akan mendapat akses langsung kepada individu penting dalam industri terkemuka di rantau Asia, peluang untuk berhubung secara bermakna dan membina rangkaian yang kuat.

MIDP percaya dengan menghubungkan pemimpin kepada rakan sejawat dari profesion dan industri lain, negara akan bergerak ke arah amalan kepemimpinan dan tempat kerja yang lebih berkesan, sesuai untuk tenaga kerja berbilang generasi pada masa kini.

Persidangan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, bersama Ketua Eksekutif HRDCorp Datuk Shahul Dawood dan Ketua Eksekutif MIDP Emellia Shariff.

Maju ke hadapan

Di PACC 2024, delegasi akan mendapat tempat duduk barisan hadapan bagi menyerap trend terkini, topik transformatif dan amalan terbaik yang dikongsi oleh pakar industri dalam landskap perniagaan yang sentiasa berkembang.

Persidangan ini merangkumi topik dari tiga tonggak utama iaitu kepimpinan dan budaya organisasi; pembangunan bakat dan pengurusan prestasi; serta dinamik dan komunikasi tempat kerja.

Ini bagi memastikan peserta pulang dengan pemahaman mendalam tentang beberapa bidang kritikal yang mempengaruhi tempat kerja global pada masa kini seperti diversiti, ekualiti, dan inklusi.

Peserta juga dapat berinteraksi dan bertanya soalan ketika sesi berlangsung serta peluang untuk terlibat dalam perbualan satu lawan satu semasa sesi rangkaian.

Peroleh pengetahuan praktikal

Menariknya, penceramah persidangan ini turut diarahkan untuk menstrukturkan perkongsian mereka dalam format petua dan helah bagi memastikan peserta pulang dengan pandangan yang jelas, praktikal dan terpakai serta-merta untuk meningkatkan kerjaya dan organisasi masing-masing.

Sebagai institut terkemuka untuk pembangunan kemahiran insaniah, MIDP percaya cara ini penting apabila membincangkan topik yang kompleks seperti mencapai keseimbangan berbilion ringgit antara kebahagiaan pekerja dan produktiviti di tempat kerja.

Selain itu, peserta bukan sahaja berpeluang untuk belajar dari yang terbaik dalam bidang malah pendokong, pembuat perubahan dan pemimpin pemikir yang membentuk masa depan industri.

Daftar dan nikmati diskaun eksklusif

PACC 2024 dijangka memberikan nilai besar kepada mereka yang komited untuk mendorong organisasi ke hadapan melalui pengurusan manusia dan budaya yang efektif.

Ini termasuk eksekutif yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dan tadbir urus korporat, pasukan yang memimpin pengurusan pertengahan dan individu yang memperjuangkan positiviti dan inklusiviti di tempat kerja.

Tiket yang dibeli boleh dituntut di bawah HRDCorp, dan peserta yang layak boleh menikmati potongan yang ditawarkan termasuk tiket awal dan tiket perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) pada harga RM1,620.

Perwakilan akan mendapat akses ke semua sesi, peluang rangkaian eksklusif, menerima tag delegasi persidangan dan mendapat sijil penyertaan digital pada hari terakhir seminar.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar untuk PACC 2024, layari laman sesawang PACC atau ikuti MIDP di Instagram.

© New Straits Times Press (M) Bhd





Source link

OR

Scroll to Top