Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua


Miki (tengah) menentang Said El Matador yang 10 tahun lebih tua.

PETARUNG muda dari kelab Rentap Muaythai, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 15, mencipta sensasi apabila menumbangkan lawan lebih berusia dan berpengalaman di Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 sebentar tadi.

Adik kepada petarung ONE Championship, Mohammad Johan Ghazali menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

Miki (tengah) melepaskan kombo dalam usaha menumbangkan Said di pusingan kedua.

Miki (tengah) melepaskan kombo dalam usaha menumbangkan Said di pusingan kedua.

Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 itu tidak menunjukkan sebarang rasa gentar apabila melepaskan beberapa tumbukan kombo yang sukar dijawab Said di pusingan pertama.

Di Pusingan kedua, Miki tampil lebih agresif apabila terus mengasak Said yang sekadar melakukan counter attack.

Memasuki pusingan ketiga, Miki memperlahankan rentak dan situasi itu cuba digunakan Said apabila turut melepaskan beberapa kombinasi namun gagal menumbangkan petarung muda negara itu.

Miki (kiri) tidak menunjukkan rasa gentar berdepan Said yang berusia 25 tahun.

Miki (kiri) tidak menunjukkan rasa gentar berdepan Said yang berusia 25 tahun.

Pemenang ditentukan menerusi kiraan mata dan venue kejohanan Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur gegak-gempita sebaik Miki diumumkan sebagai pemenang.

Selaku pemenang, Miki meraih tali pinggang Wilayah Pahlawan yang ditaja Tourism Malaysia.



Source link

OR

Scroll to Top