Mimi Lana Lantang Bersuara, Mohon Kes Jenayah Bawah Umur Dibawa Ke Tali Gantung -“R*g*l & Buli Anak Orang Pandai Pula”

Mimi Lana Lantang Bersuara, Mohon Kes Jenayah Bawah Umur Dibawa Ke Tali Gantung -“R*g*l & Buli Anak Orang Pandai Pula”

Mimi Lana Lantang Bersuara, Mohon Kes Jenayah Bawah Umur Dibawa Ke Tali Gantung -“R*g*l & Buli Anak Orang Pandai Pula”


Pelakon jelita, Mimi Lana lantang bersuara mengenai isu jenayah seksual dan keganasan terhadap kanak-kanak yang semakin membimbangkan pada ketika ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menzahirkan rasa kecewa dan marah terhadap pelaku jenayah seks melibatkan mangsa bawah umur selain menggesa hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah.

Jelasnya, tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak itu tidak seharusnya dimaafkan dan wajar dibawa ke hukuman paling berat iaitu tali gantung.

“Rasanya kes jenayah bawah umur ni dah boleh bawa ke kes tali gantung.

“Mereka ni besar kepala sebab akta bawah umur ni selalu selamatkan mereka,” katanya.

Berkongsi lanjut, Mimi tampil memeprtikaikan tindakan ibu bapa  yang memandang isu ini sebagai sambil lewa dengan alasan anak bawah umur tidak berfikiran rasional.

“Mak bapak pun ambil sambil lewa mengenai isu ini.  Konon anak bawah umur tak berfikiran rasional.

“Rogol anak orang, buli anak orang pandai pula,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Mimi sekali gus berharap undang-undang di Malaysia dijalankan dengan lebih tegas terhadap pelaku jenayah seksual.

Terdahulu, , empat pelajar Tingkatan Lima direman enam hari sehingga Khamis ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.

Ia susulan empat pelajar itu menjadi suspek kes rogol bergilir-gilir seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka seperti yang tular baru-baru ini.



Source link

OR

Scroll to Top