Pelakon Mimi Lana mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada aplikasi Threads buat sementara waktu.
Menerusi hantaran di Threads, Mimi berkata dia menyedari penggunaan media sosial secara berlebihan memberi kesan kurang baik buat dirinya.
BACA: Netizen Spekulasi Mimi Lana Hamil?

“Saya suka berada di sini (Threads) tetapi saya sedar bahawa terlalu banyak daripadanya tidak baik untuk kesihatan saya,” katanya.
Sementara itu, Mimi turut mengingatkan jika ada akaun palsu menggunakan namanya untuk tujuan penipuan serta meminta wang.
“Jangan percaya akaun palsu yang menggunakan nama saya, terutamanya yang berkongsi kod QR untuk minta duit, itu bukan saya. Ini adalah satu-satunya akaun saya,” katanya.






