Tidak pernah berkongsikan sebelum ini, pelakon dan penyanyi Kilafairy membuka kisah sebenar di sebalik keputusannya untuk berhijab.
Menerusi podcast bersama Amelia Henderson, Kilafairy berkata segalanya berubah selepas dia melalui pengalaman mendapat satu mimpi melihat syurga dan neraka.
BACA: “Doakan Saya Terus Kuat” – Kilafairy Masih Bertudung
“Selama bertahun-tahun, doa saya adalah, ‘Ya Allah, saya mahu jadi Muslimah yang baik, tunjukkan saya, takutkan saya, tunjukkan saya. Malam tu saya tidur every detail of like neraka and the syurga saya nampak,” katanya.
Menurut Kilafairy, setiap butiran yang dilihatnya dalam mimpi seakan sama dengan apa yang tercatat dalam al-Quran dan hadis sekaligus membuatkan dirinya nekad untuk menutup aurat.
“Malam itu, saya tidur dan bermimpi nampak setiap perincian tentang syurga dan neraka. Selepas terjaga, saya terus order tudung dan ambil selendang milik mama.
“Saya call Neelofa, masa itu dia belum kahwin dengan Haris. Dia tanya nak ustaz terjemahkan mimpi, jadi saya jumpa Haris. Setiap perincian saya mimpi ada dalam hadis dan al-Quran. Contoh, saya boleh nampak urat tangan syaitan-syaitan ada lava.
“Suara macam petir, tinggi macam gunung. Sebelah sini tolak orang dalam gaung, sebelah sini tarik lidah potong. Saya nampak dan terfikir macam mana boleh dapat mimpi begini,” katanya.






