Minta Fadhlina letak jawatan? Nadia Brian teruk dikecam netizen – “Berhenti berlakon lah”

Minta Fadhlina letak jawatan? Nadia Brian teruk dikecam netizen – “Berhenti berlakon lah”


Pelakon Nadia Brian teruk dikecam netizen apabila dia mengeluarkan kenyatan yang seolah-olah menggesa Fadlina Sidek meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 34 tahun itu di laman Threads, dia turut meminta agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikembalikan.

Nadia Brian teruk dikecam

Nadia Brian teruk dikecam

“Letak jawatan jela, rosak akhlak pelajar-pelajar kita nanti. Kembalikan la exam UPSR dan PMR ni semua,” kata Nadia.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan aktres terbabit dan menasihati Nadia supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum memberi kenyataan berhubung apa-apa isu yang sedang berbangkit.

Malah, pengguna media sosial yang dikenali sebagai @Alfa Islam turut mencadangkan agar Nadia berundur dari dunia hiburan memandangkan karya drama kini tidak mengajar generasi sekarang ke arah kebaikan.

Artikel lain: Guru tampil pertahan Fadhlina Sidek – “Beliau lebih baik berbanding menteri sebelumnya..”

Nadia Brian teruk dikecam

“Berhenti berlakon la. Ramai dah rosak akhlak dengan drama murahan Malaysia sekarang. Drama tak ajar langsung ke arah kebaikkan.
“Belum lagi dengan penampilan yang tidak mencerminkan budaya apatah agama kita. Btw Nadia, baca dulu pasal UPSR, PMR semua ni sebelum you nak join the hype. Seriously, to some public figures, you guys are famous for nothing!,” kata Alfa di Threads.

Pun begitu, Nadia bertindak memadam hantaran tersebut selepas mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Netizen kecam Nadia

Untuk makluman, PMR telah dimansuhkan pada tahun 2014 dan digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PT3) dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga memegang portfolio pendidikan.

Pada tahun 2021, Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pula mengumumkan bahawa UPSR dimansuhkan dan digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial pelbagai isu masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan, termasuk kes buli, gangguan seksual, dan insiden pelajar sekolah menengah menikam pelajar lain.

Namun, ada segelintir pihak mengkritik kepimpinan Fadlina sebagai Menteri Pendidikan malah ada yang menggesa beliau supaya meletakkan jawatan.

Timbalan Ketua Wanita Keadilan, Juwairiya Zulkifli, menegaskan bahawa tidak adil untuk menyalahkan Fadhlina atas setiap musibah dan kejadian malang yang berlaku di sekolah.

Sebaliknya, semua pihak perlu berganding bahu serta memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu sosial dalam kalangan remaja, bukan sekadar menuding jari mencari salah.

Sumber: Threads @Alfa Islam





Source link

OR

Scroll to Top