Misi Pearly-Thinaah di China tersekat di separuh akhir

Misi Pearly-Thinaah di China tersekat di separuh akhir


Thinaah (kiri) dan Pearly tumpas di tangan pasangan tuan rumah dalam aksi separuh akhir Terbuka China di Changzhou pada Sabtu. Foto Agensi.

IMPIAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mara ke pentas final dua kali berturut-turut tidak kesampaian apabila misi mereka berakhir di peringkat separuh akhir Terbuka China sebentar tadi.

Pasangan nombor tiga dunia itu tumpas di tangan pasangan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam saingan separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Mereka terpaksa akur apabila tewas straight set 21-14, 21-17 dalam tempoh 38 minit permainan pada kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.

Pearly-Thinaah sebelum ini muncul naib juara Terbuka Jepun pada Ahad lalu selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 15-21, 14-21.

Keputusan di Terbuka China ini menyaksikan pasangan tuan rumah yang kini menghuni ranking ketujuh dunia melebarkan rekod kemenangan ke atas Pearly-Thinaah kepada 4-1.



Source link

OR

Scroll to Top