New Delhi: Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
“Hari ini, pelancaran ke-101 telah dicuba, prestasi PSLV-C61 adalah normal sehingga peringkat kedua. Namun, pada pemerhatian peringkat ketiga, misi tidak dapat diselesaikan,” kata Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menerusi platform media sosial X.
Kiraan detik 22 jam bagi pelancaran satelit pemerhatian Bumi EOS-09 dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, negeri Andhra Pradesh, bermula pada pagi Sabtu.
Roket PSLV, yang diperkenalkan pada 1990-an, dianggap sebagai kuda kerja yang dipercayai bagi agensi angkasa lepas itu.
Menurut laporan media tempatan, PSLV hanya gagal dua kali sebelum kegagalan yang berlaku pada Ahad.
© New Straits Times Press (M) Bhd