PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelloti, 65, menjangkakan Los Blancos akan berdepan tentangan sengit Atalanta yang banyak berubah berbanding ketika menjinakkan wakil Serie A Itali itu 2-0 dalam aksi Piala Super UEFA, Ogos lalu.
“Atalanta menunjukkan prestasi yang sangat baik, mereka telah banyak meningkat berbanding Piala Super. Mereka berada dalam senarai yang terbaik dan mereka penuh dengan semangat tetapi itu memberi kami peluang untuk pergi ke sana dan membuktikan satu mata sambil memperoleh tiga mata penting.
“Mereka adalah pasukan yang hebat, sebuah kelab yang melakukan tugas yang menakjubkan walaupun kehilangan ramai pemain setiap musim. Mereka sentiasa mencari cara untuk menyesuaikan diri dan itu menceritakan tentang siapa mereka.
“(Pengurus Gian Piero Gasperini) melakukan kerja yang hebat. Mereka menukar ramai pemain setiap musim, tetapi dia tahu cara menyesuaikan diri sentiasa bermain gaya bola sepak yang sengit dan cantik. Kerjanya menakjubkan,” kata Ancelotti.
Real Madrid akan bertandang menentang Atalanta di Stadium Gewiss, Bergamo.
Sementara itu, Ancelloti percaya Los Blancos tidak akan menamatkan kempen format baharu Liga Juara-Juara yang menghimpunkan 36 kelab dalam kelompok lapan terbaik.
Sebaliknya, Ancelloti melihat Real Madrid perlu mengharungi dua perlawanan kalah mati seandainya berhasrat ke pusingan 16 terbaik.
“Itu tidak lebih dipertaruhkan daripada tiga mata penting yang akan membantu kami untuk layak.
“Malangnya kami perlu bermain pusingan tambahan, tetapi itu sahaja, saya mempunyai banyak keyakinan terhadap pasukan ini.
“Pelbagai perkara telah bertambah baik, kami kini berada dalam dinamik yang baik dan akan terus bertambah baik semasa bergerak ke hadapan. Perlawanan ini mungkin menjadi yang paling sukar antara sekarang dan akhir tahun.
“Tahap kebimbangan saya sederhana sekarang. Kami sedang mencari strategi yang baik untuk menewaskan lawan yang sangat sukar seperti Atalanta. Tetapi tidak lebih… sederhana,” kata pengendali kelahiran Itali berkenaan.
Liga Juara-Juara
Rabu (11 Disember)
Dynamo Zagreb lwn Celtic, 1.45 pagi
Girona lwn Liverpool, 1.45 pagi
Brest lwn PSV Eindhoven, 4 pagi
Shaktar Donetsk lwn Bayern Munich, 4 pagi
Club Brugge lwn Sporting Lisbon, 4 pagi
Red Bull Salzburg lwn Paris Saint-Germain, 4 pagi
Red Bull Leipzig lwn Aston Villa, 4 pagi
Bayern Leverkusen lwn Inter Milan, 4 pagi
Atalanta lwn Real Madrid, 4 pagi