September 8, 2024

Misi tiga mata Sabah ke atas Negeri Sembilan

Misi tiga mata Sabah ke atas Negeri Sembilan


KEMENANGAN menjadi keutamaan Sabah FC apabila melayan kunjungan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Khamis.

Tiga mata itu menurut pengendali Datuk Ong Kim Swee secara tidak langsung meningkatkan kembali semangat berpasukan pemain The Rhinos selepas dua kekalahan berturut-turut di pentas Piala FA.

“Kita tewas kepada Terengganu FC dan harus melupakan bab Piala FA…. Tempoh hari juga Sabah FC tewas kepada JDT, jadi kita akan fokus memberi tumpuan semula kepada perlawanan Liga Super.

“Perlawanan menentang Negeri Sembilan sangat penting untuk menambah keyakinan serta memastikan Sabah tidak lagi akan kehilangan mata sekali gus memperbaiki kedudukan dalam Liga Super,” katanya.

Perlawanan terakhir liga di laman sendiri menyaksikan Sabah tunduk 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 13 Julai lalu.

Sebelum itu dalam aksi suku akhir pertama Piala FA Sabah tumbang 0-3 kepada Terengganu FC yang sebelum itu dibelasah 4-0 dalam aksi pertama di Gong Badak.

Dalam pada itu, Kim Swee percaya keputusan positif mampu diraih ke atas skuad kendalian Azzmi Ab Aziz yang mengejutkan Sri Pahang dalam perlawanan di Temerloh.

“Beraksi di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada Sabah pada perlawanan malam esok.

“Kita ingin memperoleh tiga mata berharga pada perlawanan esok. Kita sudah bersiap sedia dari segi taktikal, mental serta meningkatkan keupayaan pemain untuk memberikan komitmen tinggi,” jelas Kim Swee.

Ketika mengulas mengenai barisan pemain beliau bekata, ketika ini kelihatan beberapa pemain muda Sabah FC II menyertai beberapa sesi latihan bersama skuad senior.

“Kita memberikan mereka peluang untuk menimba pengalaman, ini merupakan pemain Sabah FC II yang tidak bersama di Kuala Lumpur, mereka mengikuti latihan untuk mencari keserasaian dalam kalangan pemain sedia ada.

“Pada masa yang sama beberapa pemain daripada Liga Super diturunkan ke pasukan Sabah FC II jadi mereka berpeluang bersama-sama menyertai sesi latihan.

“Kita ingin membuat penilaian dahulu, sebelum menentukan sama ada mereka ini akan diberikan peluang atau sebaliknya untuk beraksi pada malam esok,” kata Kim Swee.

LIGA SUPER 2024/25

KHAMIS (25 JULAI)

Sabah FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Likas, Kota Kinabalu 8.15 malam)

JUMAAT (26 JULAI)

Johor Darul Ta’zim lwn Terengganu FC

(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 8.15 malam)

Kelantan Darul Naim FC lwn Perak FC

(Stdm Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, 9 malam)

Kedah Darul Aman FC lwn Kuching City FC

(Stdm Darul Aman, Alor Setar, 9 malam)

SABTU (27 JULAI)

Selangor FC lwn Penang FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.15 malam)

Kuala Lumpur City lwn Sri Pahang FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top