Misya Sudah Berdamai Dengan Takdir, Sedia Jumpa Madu

Misya Sudah Berdamai Dengan Takdir, Sedia Jumpa Madu


Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan berkata dia sudah reda serta berdamai dengan takdir dengan kehidupan poligami dilaluinya.

Memetik Oh Bulan, Misya berkata apa yang berlaku sudah lama berlalu dan dia kini menjalani kehidupan berpoligami dimana adanya giliran.

BACA: “Kenapa Kecam Misya?” – Aslam Pertahan Isteri Pertama

“Saya sebenarnya dah okay dengan semua perkara dan dah pun berdamai dengan takdir sebab benda pun dah lama. Saya juga dah melalui kehidupan berpoligami ini di mana adanya giliran, tanggungjawab dan bahagian masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Misya berkata dia melihat apa yang dilaluinya dijadikan pengalaman dan tidak mahu bercakap mengenai hal rumah tangganya serta mahu melangkah kehadapan.

“Saya bersyukur dengan apa yang sedang saya lalui ketika ini walaupun ada baik dan buruk. Saya tetap terima dan jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran.

“Sebenarnya saya tak nak dah bercakap perihal rumah tangga dan tak nak bercakap mengenai mana-mana pihak. Saya tak nak dah ingat perkara yang lepas sebab saya nak fokus ke hadapan.

“Begitu juga Aslam dengan isteri dia (Marissa) memang nak berubah dan tinggalkan perkara lepas,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan madu iaitu Marissa Dania, Misya berkata mereka dalam keadaan yang baik.

“Mungkin boleh dipertimbangkan dan tak ada masalah pun dari pihak saya (untuk berjumpa). Kita tengoklah seperti mana yang Allah aturkan nanti,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top