Mohammed Iqbal Ali letak jawatan Presiden Persatuan Kriket

Mohammed Iqbal Ali letak jawatan Presiden Persatuan Kriket


PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA), Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali mengumumkan peletakan jawatan yang disandangnya sejak 2021, berkuat kuasa pada Ahad.

Bekas kapten pasukan kriket kebangsaan itu dalam kenyataan turut mengimbau pencapaian persatuan itu di bawah kepimpinan beliau.

“Kriket adalah sukan yang berteraskan integriti, semangat kesukanan dan peraturan yang dihormati oleh jutaan pemain di seluruh dunia.

“Dengan meletak jawatan hari ini, saya mempertahankan integriti saya. Kecintaan saya terhadap sukan ini tidak akan luntur, begitu juga dengan tekad saya untuk melihat bendera negara kita berkibar di persada antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohammed Iqbal Ali turut menyifatkan Jawatankuasa Eksekutif MCA di bawah kepimpinan beliau sebagai paling berjaya dalam sejarah kriket Malaysia atas pencapaian besar termasuk meletakkan pasukan lelaki dan wanita negara di kedudukan ke-24 dalam ranking dunia.

“Tahun ini, MCA merekodkan hasil lebih RM17 juta… ketika saya mengambil alih, hanya RM4 juta setahun,” katanya.

Mohammed Iqbal Ali turut menyifatkan keadaan semasa sebagai satu ‘rampasan kuasa’ dan menyeru pihak yang terlibat untuk menilai semula tindakan mereka. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top