Kangar: Mohd Shukri Ramli umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.
Beliau persembahkan surat letak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail tengah hari tadi.
Mohd Shukri sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur akibat sakit dada sudah dibenarkan pulang petang Selasa lalu.
Difahamkan beliau sebelum itu mengadakan lawatan ke Shanghai, China bagi menghadiri Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai usaha menarik pelaburan dan memperkukuh daya saing perusahaan tempatan di Perlis.
Pada 29 September 2019, Mohd Shukri yang ketika itu bergelar Pesuruhjaya Pas Perlis pernah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri kerana serangan jantung ketika berucap di Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis di Dewan 2020.
[Berita lanjut menyusul]
© New Straits Times Press (M) Bhd






