Monsha’at: Biban 2024 mempercepatkan transformasi keusahawanan Saudi dengan perjanjian bernilai lebih SAR 10.6 bilion

Monsha’at: Biban 2024 mempercepatkan transformasi keusahawanan Saudi dengan perjanjian bernilai lebih SAR 10.6 bilion


RIYADH, Arab Saudi, Nov. 11, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Small and Medium Enterprises General Authority Kerajaan Arab Saudi, Monsha’at telah mengambil satu lagi langkah penting ke arah membentuk semula landskap keusahawanan Arab Saudi, berikutan pengumuman 16 perjanjian bernilai lebih SAR 10.6 bilion pada hari keempat Biban24.

Memperluaskan usaha berterusannya untuk memperkasakan usahawan Saudi dan memperkukuh infrastruktur PKS Darul Raja tersebut, Monsha’at juga secara rasmi mengumumkan pelbagai pilihan perjanjian untuk memperuntukkan portfolio kewangan yang besar untuk membiayai komuniti usahawan Arab Saudi yang berkembang pesat. Ini merangkumi portfolio bernilai SAR 3.1 bilion, dengan kerjasama Tayseer Finance; serta portfolio bernilai SAR 2 bilion dengan Lendo Company. Monsha’at juga mengumumkan portfolio SAR 1 bilion dengan Tarmeez Capital. Perjanjian ini bertujuan sepenuhnya untuk menyediakan PKS dengan batu loncatan ke arah kejayaan serta memudahkan alatan dan sumber penting yang lebih lancar dan sedia diakses.

National Commercial Bank (NCB) juga mengumumkan pelancaran 15 cawangan baharu yang khusus untuk menyokong PKS. Selain itu, Arab Bank melancarkan ‘anb digital’, sebuah platform yang dicipta untuk membolehkan PKS menghantar permohonan pembiayaan, menerima kelulusan awal dan menandatangani kontrak secara elektronik.

Hari keempat Biban24 — forum PKS utama Darul Raja tersebut — turut memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran dan pembinaan kapasiti dengan pelbagai seminar dan bengkel yang dianjurkan. Merangkumi kepelbagaian subjek dan bidang yang berkepentingan, bengkel dan seminar ini diadakan untuk memperkasakan peserta, hadirin dan usahawan dari rantau ini dan seterusnya dengan akses kepada cerapan, sumber dan rangkaian yang sangat penting untuk mereka.

Dianjurkan oleh Monsha’at, Small and Medium Enterprises General Authority Kerajaan Arab Saudi, acara tersebut akan dihoskan di Riyadh Front Exhibition & Conference Center. Diadakan di bawah tema Global Destination for Opportunities, perhimpunan itu memberi tumpuan kepada memacu pertumbuhan dan pembangunan ekosistem keusahawanan Arab Saudi untuk usahawan tempatan dan antarabangsa.

Selaras dengan matlamat ini — dan objektif Vision 2030 — forum ini akan melibatkan pengunjung dan hadirin dalam suasana pemungkin yang kondusif kepada inovasi, dengan peserta dijemput untuk meneroka 9 bidang utama, atau “Pintu”. Ini termasuk Pintu “Pembolehan”, “Perusahaan yang berkembang pesat”, “Pembiayaan dan Pelaburan”, “Syarikat Pemula”, “Inovasi”, “E-dagang”, “Mula”, “Francais” dan “Pasaran”.

Pintu-pintu tersebut adalah kawasan khusus yang mana perniagaan dan usahawan akan diberi peluang untuk meneroka cara mencapai tahap seterusnya dan memenuhi potensi perniagaan mereka.

https://bibanglobal.sa/

Hubungi:
Tarek Chahine
tchahine@webershandwick.com



Source link

OR

Scroll to Top