MOTAC bakal ambil alih LTdL

MOTAC bakal ambil alih LTdL


KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bayangan penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) berkemungkinan diambil alih oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, LTdL turut dilihat sebagai produk pelancongan buat negara dan beliau kini sedang mengadakan perbincangan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tentang hala tuju penganjuran perlumbaan itu.

Katanya lagi, penyelarasan penganjuran perlu diteliti di antara kedua-dua kementerian terbabit berikutan penganjur LTdL iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) fokus utamanya lebih kepada sukan berprestasi tinggi.

“Jadi perbincangan itu sedang berjalan dan saya sendiri bincang dengan beliau (King Sing), beliau memang sokong kerana LTDL disiarkan di negara Eropah dan mendorong destinasi-destinasi kita dipromosikan kepada merekalah. 

“Jadi, perbincangan itu sedang berjalan sama ada KBS ataupun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)Kementerian Pelancongan yang akan mendokong LTdL,” katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Liga Sepak Takraw (STL) di Akademi Sepak Takraw Malaysia, hari ini.

Kelmarin, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengekalkan status penganjuran Pro Series kepada jelajah berbasikal tertua Asia LTdL bagi tempoh tiga tahun bermula 2026 hingga 2028.

Ditanya sama ada MSN akan terlibat secara langsung jika LTdL dianjur bersama KBS dan MOTAC, Hannah berkata agensi kerajaan itu perlu fokus kepada acara podium supaya peranannya tidak menjadi kacau bilau. 

“Tidak, hasrat kita adalah MSN boleh fokus pada acara podium. Kalau tidak, itu sebab saya lihat tanggungjawab MSN mereka melakukan banyak projek, program pembangunan pun mereka, sepatutnya persatuan sukan.

“Penganjuran majlis patut dibuat oleh persatuan sukan bukan MSN sebab itu kita lihat apa tanggungjawab utama MSN supaya mereka fokus,” katanya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top