Moto3: Rueda patah tangan, tiada kecederaan serius di kepala

Moto3: Rueda patah tangan, tiada kecederaan serius di kepala


Rueda mengalami patah pada bahagian tangan selepas terlibat kemalangan dengan pelumba CIP Green Power, Noah Dettwiler pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

JUARA dunia Moto3 baharu, Jose Antonio Rueda dilaporkan mengalami patah pada bahagian tangan selepas terlibat kemalangan dengan pelumba CIP Green Power Noah Dettwiler pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

Pasukan diwakili Rueda, Red Bull KTM Ajo memaklumkan pelumba berusia 19 tahun itu sedang menerima rawatan di hospital berdekatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius di bahagian kepala atau badan walaupun mengalami gegaran teruk akibat hentakan ketika kemalangan pada pusingan pemanasan.

“Beliau masih dalam pemerhatian dan menunggu ujian lanjut pada tangan serta lengannya,” menurut kenyataan dikeluarkan pasukannya.

Terdahulu, perlumbaan Moto3 ditangguhkan selama hampir dua jam susulan kemalangan di Selekoh 3, beberapa saat sebelum perlumbaan dijadualkan bermula pada tengah hari.

Perlanggaran itu menyebabkan pegawai perlumbaan mengibarkan bendera merah.

Pusingan pemanasan ini ialah pusingan yang dilalui dari lorong pit ke petak permulaan bagi mengambil kedudukan masing-masing kira-kria 20 minit sebelum perlumbaan bermula.

Menurut pengarah perubatan perlumbaan, kedua-dua pelumba iaitu Rueda dan Dettwiler berada dalam keadaan sedar selepas kemalangan itu dan telah diterbangkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Akibat insiden tersebut, jarak keseluruhan perlumbaan dipendekkan kepada 10 pusingan berbanding 15 pusingan asal.

Pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato muncul juara, iaitu kejuaraan sulungnya dalam kelas Moto3 sejak membuat penampilan pertamanya pada musim 2022.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, kedua-dua pelumba telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

“Apa yang saya dengar keadaan (kedua-dua pelumba) telah stabil, tapi kita masih perlu tunggu laporan penuh daripada pasukan perubatan.

“Syabas kepada pasukan perubatan kerana dapat bertindak pantas dan saya harap kedua-dua pelumba yang berada di hospital kembali pulih,” katanya.

Ringkasan AI

  • Jose Antonio Rueda patah tangan selepas kemalangan di GP Malaysia 2025 Rueda sedang dirawat di hospital, tiada kecederaan serius di kepala atau badan Perlumbaan Moto3 ditangguhkan hampir dua jam akibat kemalangan Perlanggaran menyebabkan perlumbaan dikibarkan bendera merah Taiyo Furusato dari Honda Team Asia menang kejuaraan Moto3 pertamanya



Source link

OR

Scroll to Top