MotoTanya maut dalam nahas ngeri di Turkiye

MotoTanya maut dalam nahas ngeri di Turkiye


ANKARA- Bintang Youtube yang terkenal sebagai “penunggang motosikal paling cantik” di Internet, MotoTanya maut dalam satu nahas mengerikan, 15 Julai lalu.

Agensi berita melaporkan, MotoTanya atau nama sebenarnya, Tatyana Ozolina, 38, hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah trak.

Ketika kejadian, dia dikatakan menunggang motosikal BMW S1000RR 2015 berwarna merah dari Mugla ke Bodrum di Turkiye.

Pihak polis masih menyiasat insiden tersebut dan terdapat laporan mengatakan selebriti dalam bidang pemotoran itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan penunggang lain.

MotoTanya yang juga seorang ibu kepada anak lelaki berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakannya yang juga penunggang motosikal warga Turkiye, Onur Obut yang dilaporkan turut terlibat dalam nahas berkenaan, cedera parah manakala penunggang-penunggang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bintang Internet itu berada di Turkiye selepas tidak dibenarkan masuk ke Eropah melalui sempadan Greece susulan sekatan akibat perang Rusia-Ukraine.

MotoTanya memiliki lima juta pengikut di TikTok, dua juta di YouTube dan sejuta di Instagram.- Agensi



Source link

OR

Scroll to Top