MPlus Rumahku bantu pemilik hartanah capai kestabilan kewangan

MPlus Rumahku bantu pemilik hartanah capai kestabilan kewangan


PUCHONG: Agensi konsultansi kewangan dan pinjaman bank yang dipercayai, MPlus Rumahku baru-baru ini memperkenalkan program pembiayaan semula (refinance) khusus buat pemilik hartanah di Malaysia.

Ia diperkenalkan bagi membantu mereka menyatukan dan melangsaikan hutang melalui pinjaman bank, sambil menyusun semula kewangan dengan satu bayaran bulanan yang lebih teratur.

Melalui program pembiayaan semula ini, pemilik dapat melangsaikan hutang kad kredit, pinjaman peribadi atau komitmen kewangan lain dengan menggunakan dana daripada pembiayaan tersebut.

Konsultan MPlus Rumahku, Suguna Naraynan berkata, misi utama syarikat itu adalah untuk memberi peluang kepada pemilik hartanah mencapai kestabilan kewangan.

“Dengan membantu pelanggan membiayai semula rumah mereka melalui pinjaman bank, mereka dapat menyusun semula hutang sedia ada dengan pelan pembayaran yang lebih teratur,” katanya.

Sebagai sebuah agensi yang dipercayai, MPlus Rumahku turut menguruskan proses permohonan pembiayaan semula pelanggan dengan pihak bank bagi memastikan kelulusan yang cekap dan pantas.

Kerjasama dengan bank

Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh MPlus Rumahku termasuk penyatuan hutang untuk melangsaikan komitmen sedia ada seperti pinjaman peribadi dan baki kad kredit.

MPlus Rumahku turut membantu memudahkan proses permohonan pinjaman dengan menjalinkan kerjasama bersama bank rakan kongsi.

Selain itu, mereka juga menyesuaikan penyelesaian kewangan mengikut keperluan kewangan individu pelanggan.

Bagi penjawat awam yang sering menghadapi cabaran dalam mendapatkan pinjaman disebabkan potongan gaji, MPlus Rumahku turut menyediakan sokongan khas untuk membantu mereka dalam urusan kewangan.

Bagi menyertai program pembiayaan semula MPlus Rumahku, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan.

Antaranya, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bekerja atau menjalankan perniagaan di negara ini.

Selain itu, mereka juga perlu memiliki rumah, tanah, atau hartanah komersial selama lebih daripada 10 tahun.

Di samping itu, pemohon dengan rekod CCRIS atau CTOS atau AKPK yang kurang memuaskan juga layak untuk memohon*.

Namun setiap pemohon mesti mempunyai sumber pendapatan yang tetap bagi membolehkan permohonan pembiayaan semula diproses oleh pihak bank.

Melalui kerjasama dengan pihak bank, MPlus Rumahku memastikan pelanggan melalui proses pembiayaan semula yang mudah dan lancar, sambil menikmati kadar faedah yang lebih rendah serta struktur bayaran balik yang lebih fleksibel.

Langkah ini membantu mengurangkan beban kewangan serta meningkatkan aliran tunai pemilik rumah secara keseluruhan.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program pembiayaan semula MPlus Rumahku, layari laman sesawang mplusmarketing.com.my atau hubungi MPlus Rumahku di WhatsApp.

*Tertakluk terma dan syarat

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top