saufi@mediaprima.com.my
JENAMA perkakas kelas permainan terkemuka, MSI memperkenalkan enam variasi unit pemproses grafik (GPU) daripada generasi Nvidia GeForce Siri RTX 50.
Sebanyak enam variasi berkenaan adalah Suprim Liquid, Suprim, Vanguard, Gaming Trio, Ventus dan Inspire yang memberikan kuasa prestasi berbeza khusus untuk peminat kelas permainan.
Menerusi generasi terbaharu RTX 50 berkenaan, ia menawarkan keupayaan pemproses grafik terbaik dalam kelasnya termasuk generasi baharu Nvidia DLSS 4.
Bagi variasi Suprim Liquid, kad grafik ini didatangkan dengan sistem penyejuk tersendiri daripada 360 milimeter (mm) radiator yang dipadankan bersama teknologi kipas ‘Stormforce’ sekali gus memastikan suhu di tahap paling minimum pada kepenggunaan penuh.
MSI meneruskan legasi Suprim bagi siri RTX 50 ini dan kali ini, ia tampil dengan sistem penyejuk ‘Hyper Frozr’ yang dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk bersama kerangka aluminium aloi.
Variasi Vanguard diperkenalkan dan turut menawarkan ciri khusus seperti sistem penyejukan dengan sistem kawalan pengaliran udara.
Pada masa sama, generasi Gaming Trio diteruskan bersama dengan variasi Ventus 3X dan Inspire 3X yang turut menggunakan tiga kipas utama sebagai medium penyejukan.
Enam variasi berkenaan menawarkan kuasa prestasi sejajar dengan siri RTX 50 yang direka khusus untuk pengalaman permainan yang licin di samping sokongan Kecerdasan Buatan (AI).
© New Straits Times Press (M) Bhd