Suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman, 52, menjadi perhatian ramai setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat itu, lima tahun lalu.
Terima kifarah Tuhan

Bagaimanapun, netizen menganggap perkara itu sebagai kifarah atas perbuatannya menceraikan isteri pertama setelah menikah bersama aktres terbabit.
Screenshot
“Kifarah.. Ingat lagi tak kisah isteri pertama Rosland, suami kepada Miera? Selepas 28 tahun hidup bersama, menempuh susah dan senang sebagai suami isteri, lelaki itu memilih untuk menceraikan isteri pertamanya selepas kehadiran wanita kedua dalam hidupnya.
“Namun kini, roda kehidupan kembali berputar. Roslan dilaporkan didakwa atas pertuduhan memberikan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia dan beliau juga dikatakan sudah muflis.
Jangan lupakan orang yang susah senang bersama dgn kita,” tulis individu terbabit.
Foto: Sinar Harian
Artikel lain: Kes Bursa Malaysia: Suami Miera Liyana rayu ikat jamin rendah! Diisytihar muflis, hidap beberapa penyakit
Sebelum ini, peguam kepada Rosland iaitu S Shastidaran merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah.
Menurutnya, anak guamnya menanggung tujuh anak hasil daripada dua perkahwinan serta dua warga emas iaitu ibu kandung dan ibu mentuanya malah dia juga menghidap beberapa penyakit seperti kencing manis, ‘glaucoma’ serta masalah saraf.

Untuk info, selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, tertuduh diberi jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mei ini.
Sumber: Threads nurbalqis_chu






